Peribadi
Pengenalan perjalananku.
1 1 1444 permulaan baharu. Aku melangkah untuk berhijrah, setelah apa yang aku lalui dan aku tak mampu untuk menahan diri. Ini keputusanku, hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui niatku.
Berat, perit, pedih, sedih namun aku gagahi jua. Demi sebuah cita-cita, demi mencapai impian, demi memenuhi permintaan, demi kasih dan sayang akan aku rela untuk berkorban.
Biarlah jiwa aku bergelora, biarlah hatiku meronta-ronta, akan aku tetap teruskan perjalanan ini sehingga sampai ke destinasi. Tanpa ragu-ragu dan tanpa belah bahagi.
Hanya padaMu Ya Allah aku serahkan, hanya padaMu aku bergantung, hanya padaMu aku meminta pertolongan. Puji dan syukur atas segala nikmatMu, dan segala ujianMu Ya Allah.
Semoga Allah memerdekakan aku dan Allah SWT sentiasa merehoi dan memberkati hidup matiku.
AZ (Anak Zakaria)
31/08/2022
Ulasan
Catat Ulasan